Monday, March 7, 2016

Selagi bernama Manusia

Segala puji bagi Allah swt dan selawat ke atas Baginda saw,

Assalamualaikum pembuka bicara,

Saya ingin meluahkan perasaan saya tentang sikap manusia hari ini yang hanya pentingkan emosi sendiri tanpa memikirkan orang sekeliling. Ada antara mereka ingin difahami tetapi tidak mahu untuk memahami, suka menasihati tetapi sukar dinasihati sedangkan di dalam Islam manusia yang mengutamakan orang lain itu akan mendapat redha Allah maksudnya seperti mana kita ingin dilayani begitu jugalah seharusnya kita harus melayani. 

Ramai manusia termasuk diri saya yang pesan berpesan ini tidak cuba fahami yang setiap manusia itu dilahirkan dengan pemikiran dan pendapat yang berbeza sedangkan jika mereka sedia maklum perbezaan itulah yang akan menambahbaikkan sesuatu perkara. Adakalanya kita rasa kita tak sesuai dengan tempat dan orang sekeliling tetapi jika kita pandai menyesuaikan diri inshaAllah tiada istilah bosan atau menyampah! waallahualam. Dalam perkara ni kita seharusnya didik HATI selagi kita tidak didik HATI selagi itulah kita akan dibayangi nafsu dan disirami emosi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih parah dan berdarah. Waallahualam.

Setiap manusia itu diberi akal oleh Allah untuk berfikir mana baik dan mana yang buruk, apabila kita melakukan kebaikan inshaALLAH kebaikan akan datang pada kita semula. Banyakkan memberi bukan sahaja dari bentuk material malah dari segi tenaga, senyuman, sumbangan dan yg sewaktu dengannya. HATI akan bahagia jika kita juga suka akan kebahagiaan dan mendoakan kebahagiaan.

Jadilah insan yang disayangi bukan sahaja manusia tetapi Allah terutama-tamanya.

Ingatlah Allah ada di mana-mana oleh itu jagalah amalan sebaik2nya. Lebih baik kita menyedari dari kesilapan dan bertaubat serta insafi diri dan cuba memperbaikinya dari hari ke hari daripada kita hanya saling salah menyalahi. ~Waallahualam~

~Pesan diri saya terutamanya~ 

Sincere 
Hijabista@Dea Rossalinda


No comments:

Post a Comment