Sunday, March 20, 2016

Rezeki Allah swt

Bismillahirahmannirahim Assalammualaikum wbt AllahumassollialasaidinaMuhammadwaalaAlihiSaidina Muhammad,

Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dalam hidup ini kita kena berani buat perubahan dalam kehidupan, namun dalam keberanian itu banyak faktor atau risiko2 yang perlu diambil kira setelah keputusan dilakukan. Untuk itu lakukan perubahan mengikut kemampuan dan minatmu inshaALLAH akan berjaya jika kerana Allah dan nawaitu Lillahitaala.
Dalam memulakan sebuah perniagaan baaanyak faktor yang kita perlu fikiran. Antaranya:-

1) Objektik Perniagaan kita
2) Strategi Marketing
3) Distributor@Distributing
4) Cash Flow of Business
5) Target to achieve for monthly
6) Modal dalam perniagaan dan keuntungan 
7) Kualiti material dan juga servis

Rasanya ada lagi yang tak tersenarai yang boleh diperbaiki dari hari ke hari. Kata Dr Azizan Osman seorang Businessman@woman yang berjaya dia tidak akan sibuk atau sibuk menguruskan perniagaan dia cuma sibuk dalam mendapat keuntungan. Caranya dengan memberi peluang kepada orang lain melakukannya dgn sama2 mendapat keuntungannya nanti. Tapi bagi saya itu mgkin yg ada modal banyak or berani ambil risiko. Tapi klu kita tak berani ambil risiko better kita buat sendiri kecil2an perlahan2 inshaALLAh kita akan capai matlamat yang diinginkan dari terus gah! tapi strategi tidak diambil kira keuntungan tak balik modal kita juga yang rugi. Sebaik2nya bagi orang kenal dulu dan banyakkan memberi inshaALLAH banyak juga yang akan masuk nanti. Waallahualam. Saya suka cara adik saya melakukan bisnesnya pasti ada je souvenier dia nak bagi pada pembeli subhanallah itulah yang memudahkan urusan rezekinya. InshaAllah doakan saya mencapai matlamat saya membina empayar perniagaan shawl yang up to date tetapi mengikut syariah nanti dengan jenama 'Dea Rossalinda' semoga jenama tersebut bukan dikenali kerana jenamanya tetapi kerana ingin menarik ramai anak muda diluar sana untuk berhijab dan berubah kerana Allah dengan design saya yang bukan ingin menarik perhatian ajnabi tetapi untuk kelihatan menarik dimata orang2 yg kita sayangi dan imej syarikat yang mana kita berkhidmat nanti. Waallahualam

Sekian yang baik itu dari Allah dan yang sebaliknya dari diri saya sendiri.

Pasang niat kerana Allah inshaALLAH semoga segala pekerjaan kita mendapat redhaNYA aamiin3x
~Spread <3 not Hate~

 Dea Rossalinda

Monday, March 7, 2016

Selagi bernama Manusia

Segala puji bagi Allah swt dan selawat ke atas Baginda saw,

Assalamualaikum pembuka bicara,

Saya ingin meluahkan perasaan saya tentang sikap manusia hari ini yang hanya pentingkan emosi sendiri tanpa memikirkan orang sekeliling. Ada antara mereka ingin difahami tetapi tidak mahu untuk memahami, suka menasihati tetapi sukar dinasihati sedangkan di dalam Islam manusia yang mengutamakan orang lain itu akan mendapat redha Allah maksudnya seperti mana kita ingin dilayani begitu jugalah seharusnya kita harus melayani. 

Ramai manusia termasuk diri saya yang pesan berpesan ini tidak cuba fahami yang setiap manusia itu dilahirkan dengan pemikiran dan pendapat yang berbeza sedangkan jika mereka sedia maklum perbezaan itulah yang akan menambahbaikkan sesuatu perkara. Adakalanya kita rasa kita tak sesuai dengan tempat dan orang sekeliling tetapi jika kita pandai menyesuaikan diri inshaAllah tiada istilah bosan atau menyampah! waallahualam. Dalam perkara ni kita seharusnya didik HATI selagi kita tidak didik HATI selagi itulah kita akan dibayangi nafsu dan disirami emosi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih parah dan berdarah. Waallahualam.

Setiap manusia itu diberi akal oleh Allah untuk berfikir mana baik dan mana yang buruk, apabila kita melakukan kebaikan inshaALLAH kebaikan akan datang pada kita semula. Banyakkan memberi bukan sahaja dari bentuk material malah dari segi tenaga, senyuman, sumbangan dan yg sewaktu dengannya. HATI akan bahagia jika kita juga suka akan kebahagiaan dan mendoakan kebahagiaan.

Jadilah insan yang disayangi bukan sahaja manusia tetapi Allah terutama-tamanya.

Ingatlah Allah ada di mana-mana oleh itu jagalah amalan sebaik2nya. Lebih baik kita menyedari dari kesilapan dan bertaubat serta insafi diri dan cuba memperbaikinya dari hari ke hari daripada kita hanya saling salah menyalahi. ~Waallahualam~

~Pesan diri saya terutamanya~ 

Sincere 
Hijabista@Dea Rossalinda


Pembuka Bicara

Bismillahirohmannirohim & Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dan selawat ke atas Baginda saw. Saya rasa bersyukur sgt2 kerana Allah sentiasa mengujiku dengan cintaNYA aku yakin setiap ujian itu ada hikmahnya ada nikmatnya yang kita tidak tahu dan DIA lebih Maha mengetahui.

Sebaik2 hamba Allah itu yang memberi manfaat sesama ummah. Semoga Allah murahkan rezekiku agar aku dapat menjaga kebajikan ibuku yang tersayang dan menolong kepada mereka yang memerlukan. Allah semoga kau jadikan hati ini sentiasa untuk redhaMU cintaMU dan jauhkan HATI ini dari segala sikap mazmumah dan kufur nikmat.

Ya Allah! adakalanya aku tidak tahu dari mana datangnya ketenangan ini apabila bibir mula menyebut namamu jadikan bibir ini sentiasa berzikir banyak2 kepadaMU agar aku sentiasa dalam jagaanMU. Jauhi aku dan keluargaku serta keturunanku dari segala bentuk kemaksiatan dan dari segala fitnah manusia dan dajal.

Semoga kau temukan aku dengan pertemuan2 yang baik, perkara2 yang baik dan kawan2 yang membawaku kepada kebaikan. Tiada yang lebih indah apabila dapat bertahujud disepertiga malam dengan menyebut kalimah2MU, apabila airmata jatuh laju membasahi pipi tanpa sedari apabila mengenangkan dosa2ku dan engKAU masih memberi peluang untuk aku memperbaiki diri dan menambah amalanku dari hari ke hari. Ampuni aku dan semua hamba2MU para mukminin dan mukminat semoga kami semua dapat menghuni syurgaMU aamiin3x.