Monday, March 7, 2016

Pembuka Bicara

Bismillahirohmannirohim & Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah dan selawat ke atas Baginda saw. Saya rasa bersyukur sgt2 kerana Allah sentiasa mengujiku dengan cintaNYA aku yakin setiap ujian itu ada hikmahnya ada nikmatnya yang kita tidak tahu dan DIA lebih Maha mengetahui.

Sebaik2 hamba Allah itu yang memberi manfaat sesama ummah. Semoga Allah murahkan rezekiku agar aku dapat menjaga kebajikan ibuku yang tersayang dan menolong kepada mereka yang memerlukan. Allah semoga kau jadikan hati ini sentiasa untuk redhaMU cintaMU dan jauhkan HATI ini dari segala sikap mazmumah dan kufur nikmat.

Ya Allah! adakalanya aku tidak tahu dari mana datangnya ketenangan ini apabila bibir mula menyebut namamu jadikan bibir ini sentiasa berzikir banyak2 kepadaMU agar aku sentiasa dalam jagaanMU. Jauhi aku dan keluargaku serta keturunanku dari segala bentuk kemaksiatan dan dari segala fitnah manusia dan dajal.

Semoga kau temukan aku dengan pertemuan2 yang baik, perkara2 yang baik dan kawan2 yang membawaku kepada kebaikan. Tiada yang lebih indah apabila dapat bertahujud disepertiga malam dengan menyebut kalimah2MU, apabila airmata jatuh laju membasahi pipi tanpa sedari apabila mengenangkan dosa2ku dan engKAU masih memberi peluang untuk aku memperbaiki diri dan menambah amalanku dari hari ke hari. Ampuni aku dan semua hamba2MU para mukminin dan mukminat semoga kami semua dapat menghuni syurgaMU aamiin3x.

No comments:

Post a Comment